Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » KPM Ambil Tindakan Tegas Jika Gagal Lapor Kes Buli

KPM Ambil Tindakan Tegas Jika Gagal Lapor Kes Buli

Written By Assistant Editor on Thursday 3 August 2017 | August 03, 2017

SADONG JAYA (SAMARAHAN) – Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan sekolah yang menyembunyikan sebarang salah laku termasuk kes buli di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Khir Mohamad Yusof berkata pengetua dan guru besar perlu segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang kes salah laku sedemikian di sekolah mereka.

“Tindakan melaporkan kes seumpamanya tidak akan menjejaskan reputasi sekolah, sebaliknya ia perlu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya tentang tindakan pihak kementerian terhadap sekumpulan pelajar perempuan yang terlibat dalam kes buli seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kunak, Sabah baru-baru ini.

Memandangkan kes itu sudah menjadi kes polis, beliau berkata, pihak kementerian menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan tidak mahu mengganggu proses tersebut.

“Pada pihak kementerian, jika siasatan mendapati ia benar-benar kes buli, maka tindakan disiplin akan diambil mengikut prosedur operasi standard (SOP) kes buli,” katanya.

Beliau berkata pelajar terbabit dalam kes buli tidak akan diberhentikan sekolah, sebaliknya jika kes didapati serius pelajar yang terlibat akan diasingkan termasuk ditempatkan di Sekolah Henry Gurney.

Khir sebelum itu meninjau bangunan blok Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin di sini hari ini, yang dibina menggunakan teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) menerusi projek menaik taraf sekolah daif di luar bandar.

Sekolah tersebut adalah antara 30 sekolah di Sarawak yang dinaik taraf tahun ini menggunakan teknologi IBS, yang dikatakan dapat disiapkan dalam tempoh singkat dan tahan lebih lama, dengan kos yang lebih murah. – BERNAMA



....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.