Mahkamah Tinggi London yang bersidang untuk pendengaran prosiding pengurusan kes minggu lalu mengarahkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown membuat pembelaan awal dalam tempoh 21 hari berhubung saman dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari in, Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mahkamah pada 2 Ogos lalu mengarahkan Brown membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes itu dapat diteruskan.
“Dan, beliau (Brown) tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. Permohonan rayuan Brown terhadap keputusan ini juga telah tidak dbenarkan oleh mahkamah,” kata beliau.
Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai sangat positif dalam proses Hadi untuk membersihkan namanya terhadap tuduhan fitnah melampau oleh Brown dan artikelnya dalam Sarawak Report.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Sebelum ini Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya.
Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.
Kata Takiyuddin, artikel itu boleh membayangkan Hadi secara peribadi menerima suapan besar daripada perdana menteri sebagai pertukaran untuk PAS berkompromi dari segi pendirian politiknya.
Dalam kenyataannya, Samsuri berkata, pendengaran pengurusan kes pada 2 Ogos lalu adalah untuk menentukan usaha Brown bagi memaksa Hadi untuk mendepositkan sejumlah wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan sekiranya presiden PAS kalah dalam kes berkenaan dan terpaksa membayar kos guaman Brown di mana editor tersebut menjangkanya dalam lingkungan jumlah keseluruhan £800,000 pound (hampir RM4.5 juta) sehingga kes tamat.
“Panel peguam Hadi dari Carter-Ruck berjaya berhujah, dengan dibantu oleh pandangan pakar undang-undang dari Malaysia bahawa sebenarnya wujud undang-undang yang jelas yang tidak menghalang Brown untuk menuntut kos beliau menerusi mahkamah Malaysia sekiranya beliau menang kes saman ini dan jumlahnya tidak melebihi RM80,000.
“Di atas keyakinan dari awal terhadap kes ini, maka Hadi bersetuju dengan deposit keselamatan dengan jumlah ini yang nyata adalah memadai serta tidak kontroversi.”
Menurut Samsuri, hujah Brown beliau akan gagal membawa kes saman terhadap Hadi di Malaysia adalah kerana badan kehakiman, Kerajaan Malaysia dan perdana menteri adalah mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Hadi telah ditolak oleh mahkamah.
“Mahkamah juga mendapati tuduhan serius ini tidak disokong bukti oleh Brown walaupun beliau mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian.
“Mahkamah juga tidak menerima hujahan Brown tanpa membawa bukti, sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah.
“Mahkamah juga telah menerima tawaran Hadi untuk meletakkan wang sebanyak RM80,000 sebagai deposit keselamatan,” kata beliau.
Katanya, mahkamah juga telah mengarahkan Brown membayar 2/3 dari kos yang terlibat di mana “mesti membayar £15,000 (hampir RM84,000) terhadap kos prosiding oleh Hadi.
....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Home »
Jenayah & Mahkamah
» Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report
Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report
Written By Assistant Editor on Saturday, 5 August 2017 | August 05, 2017
Labels:
Jenayah & Mahkamah
Komen Terkini
Anonymous commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Bagaimana dgn Sekolah Amanah, International Baccalaureate dll yang paperwork nya bertindih dgn…”
Cikgu Sarawak commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Harap betul. Jangan cakap saja”
Or Pei Chong commented on datuk azhar rakus seleweng wang rakyat: “Sejak bila Dato' Azhar terlibat dengan skandal Sime Darby? Dokumen mahkamah hanya menamakan…”
jamian sarif commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Perintah ALLAH jangan diperlekeh dan dipersendakan....kelak merana diri.”
Nikobai Berlalgel commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Just as Mr.Mahathir said before:"Islam are of peace.Islam don't force people to do what we…”
Liza Rahimi commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Better jalan kan hudud tuk semua..kalu xsalah knapa nak tkut kan..kalu xterima rasuah xde la…”
Get this Recent Comments Widget
Berita-berita daripada akhbar utama
- Pimpinan PAS WP dalami ilmu pilihan raya - 11/4/2019
- Apabila umat Islam tak kenal musuh - 11/4/2019
- Hari Keluarga PASTI Alor Gajah meriah - 11/4/2019
- LASBELA PASTI Kota Samarahan rai pelajar - 11/4/2019
- Muslimat Pekan disuntik semangat Munajat AKIFI - 11/4/2019
- Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri - 3/1/2020
- Mukhriz, Syed Saddiq sedia dikenakan tindakan - 3/1/2020
- MB: Kedudukan exco Bersatu dalam k'jaan Selangor akan diteliti - 3/1/2020
- Serangan pada Tian bukti PKR dikuasai budaya samseng, kata Azmin - 3/1/2020
- Hadi: Ada juga pemimpin PH dibebaskan dari kes mahkamah - 3/1/2020
- Court told Prince Harry needed ‘flexible’ security for UK visits - 4/9/2025
- Your Kedah counterpart supports Songkran, Penang PAS told - 4/9/2025
- Tunisians protest against president as jailed politicians begin hunger strike - 4/9/2025
- Surat sokongan: Macam mana saya nak tahu pemohonnya Pati, soal Shafie - 4/9/2025
- No court order breached in chopping down Musang King trees, says Pahang govt - 4/9/2025
- Ismail Sabri pangku jawatan Timbalan Presiden Umno - 12/20/2018
- Hina kematian Adib, pekerja Honda diberhentikan - 12/20/2018
- Sis tak pernah harapkan balasan... - 12/20/2018
- Ada yang kempunan menjadi katak - 12/20/2018
- Tak tegur makna tak sayang: Nad Zainal - 12/19/2018
- Kajian tingkat elaun sara hidup pelajar MARA di UK akan dibentang tak lama lagi - 6/20/2022
- Kebun sayur punca sungai melimpah di Lojing - 6/20/2022
- Bersih rumah, curi barang kemas - 6/20/2022
- Usah risau peningkatan kembali kes COVID-19 - Pakar - 6/20/2022
- Kecurian balak, Save Kelantan gesa kerajaan negeri ambil tindakan tegas - 6/20/2022
- PM Ismail Sabri: Political funding bill's policy scope to be tabled to Cabinet - 5/19/2022
- Remains of senior citizen who died at Gunung Yong brought down by helicopter - 5/19/2022
- Tanjung City Marina project developer insists footprint of heritage godowns still intact - 5/19/2022
- Mozambique polio case similar to Malawi case - Africa CDC - 5/19/2022
- DBKL to set up task force to address strata property issues - 5/19/2022
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !