Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » Biar Dr M jadi PM sepenggal, bukan pemimpin ‘bernafsu’ kuasa

Biar Dr M jadi PM sepenggal, bukan pemimpin ‘bernafsu’ kuasa

Written By Assistant Editor on Saturday, 29 September 2018 | September 29, 2018



KUALA NERANG, 29 Sept — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara sehingga habis tempoh penggal pentadbiran selama lima tahun, kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, usaha beberapa pihak termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin mengambil alih jawatan perdana menteri secepat mungkin adalah satu tindakan yang tidak mengikut moral politik yang sepatutnya.


“Kita tidak mahu orang yang bernafsu memerintah kerana bimbang bila jadi pemimpin mereka tidak pegang amanah yang diberikan. Jadi biar perdana menteri sekarang tadbir negara selagi dia mampu untuk menjalankan tugas.

“Walaupun tak sebati (sependapat), kena bagi tempoh yang cukup dan jangan berhenti (mentadbir) tengah jalan kerana Tun Mahathir banyak pengalaman dan mampu untuk laksanakan tugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi menyampaikan ucap tama pada konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang turut dihadiri ketua pegawai eksekutif KIDU Zawawi Ahmad dan pengerusi majlis KIDU Datuk Dr Abd Isa Ismail.

Ditanya mengenai kewajaran Anwar bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Port Dickson dalam usaha menjadi perdana menteri, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan bagi menentukan siapa yang patut mentadbir negara.

Mengulas sama ada PAS bekerjasama dengan Umno untuk menghadapi PRK Port Dickson, beliau berkata kerjasama yang ada ialah persefahaman mengenai calon seperti semasa PRK Balakong dan Seri Setia.

“Bila Umno tidak letak calon, PAS letak calon jadi itu kerjasama la... Dari aspek gerak kerja pula kita masih belum tahu lagi tapi sekiranya Umno hendak tolong kita berbesar hati, nak bagi derma pun boleh.

“Dari segi undi pula, tidak boleh mengharapkan undi daripada ahli PAS sahaja kerana ahli kita tidak cukup sebab itu kena ada undi parti lain juga baru boleh cukup untuk menang.

“Tak mustahil untuk PAS menang sebab apapun boleh jadi dalam politik,” katanya.

PRK Port Dickson pada 13 Okt ini bakal menyaksikan pertembungan tujuh penjuru di antara Anwar sebagai calon Pakatan Harapan, calon PAS Lt-Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. — Bernama


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Anonymous commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Bagaimana dgn Sekolah Amanah, International Baccalaureate dll yang paperwork nya bertindih dgn…”
Cikgu Sarawak commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Harap betul. Jangan cakap saja”
Or Pei Chong commented on datuk azhar rakus seleweng wang rakyat: “Sejak bila Dato' Azhar terlibat dengan skandal Sime Darby? Dokumen mahkamah hanya menamakan…”
jamian sarif commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Perintah ALLAH jangan diperlekeh dan dipersendakan....kelak merana diri.”
Nikobai Berlalgel commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Just as Mr.Mahathir said before:"Islam are of peace.Islam don't force people to do what we…”
Liza Rahimi commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Better jalan kan hudud tuk semua..kalu xsalah knapa nak tkut kan..kalu xterima rasuah xde la…”

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.