Home »
Kenyataan Media
» Kenapa PAS sertai PRK Port Dickson?
Kenapa PAS sertai PRK Port Dickson?
Written By Assistant Editor on Friday, 28 September 2018 | September 28, 2018
DARI segi logiknya tidak perlu kepada PAS untuk menyertai pilihan raya kecil ini kerana ia adalah satu PRK yang tidak ada keperluan. Kebiasaannya PRK diadakan kerana sebab-sebab yang tertentu seperti kematian wakil rakyat atau kehilangannya yang memerlukan kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat lain untuk mengantikannya. Dalam konteks parlimen Port Dickson, wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU14 lepas masih lagi sihat walafiat dan sangat sesuai untuk mewakili suara rakyat khususnya Angkatan Tentera Malaysia kerana rata-rata penduduk di situ terdiri daripada tentera sama ada yang masih lagi bertugas ataupun yang sudah bersara.
Tidak ada ribut dan taufan tiba-tiba kerusi parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penjawatnya semata-mata untuk memberi ruang kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi memenuhi hasratnya untuk menjadi perdana menteri. Tindakan ini sekali lagi mengecewakan rakyat kerana membazirkan duit negara, di saat pimpinan PH begitu lantang bersuara tentang hutang negara yang begitu banyak dan ekonomi negara tidak baik sehingga terpaksa melancarkan Tabung Harapan kononnya untuk membayar hutang negara, tiba-tiba duit rakyat dibazirkan untuk dibelanjakan dalam PRK Port Dickson ini.
Saya ditanya, adakah tujuan PAS menyertai PRK Port Dickson untuk menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Saya jawab, perjuangan PAS bukan bertujuan untuk menobat atau menghalang mana-mana individu untuk menjawat jawatan perdana menteri semata-mata. Perjuangan PAS ialah untuk merubah dasar dan polisi. Individu boleh datang dan pergi, apa yang penting dasar yang dibawa. Itulah apa yang ditegaskan oleh PAS ketika PH menjadikan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai sasaran utama dalam PRU14 yang lepas. Nah sekarang PH sudah berjaya menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan menobatkan Tun Mahathir menggantikannya sebagai perdana menteri. Rakyat masih lagi kabur dan mula resah apakah dasar dan hala tuju yang mahu dibawa oleh pemerintahan PH sebenarnya. Rule of law yang dilaung-laungkan rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Pelantikan Speaker Dewan Rakyat tidak mengikut peraturan, kes rasuah Lim Guan Eng tiba-tiba digugurkan oleh Peguam Negara, hak royalti minyak untuk negeri Kelantan dan Terengganu sehingga hari ini belum lagi dikembalikan. Adakah PH hanya mengulangi kegagalan kerajaan BN?
Walaupun PAS dan Gagasan Sejahtera belum lagi diberikan kemenangan untuk memerintah negara dalam PRU14 lepas, akan tetapi kami menghormati pilihan rakyat yang telah memilih PH. PH telah memilih Tun Mahathir sebagai perdana menteri. Beri peluang kepadanya untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu termasuk dasar yang dilakukan oleh beliau ketika menjawat perdana menteri ke-4
PAS adalah parti yang terbuka dan realistik. Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diamalkan oleh PAS sekarang antara terasnya ialah untuk merubah dasar yang silap. Tindakan mengosongkan kerusi parlimen Port Dickson adalah satu tindakan yang silap dan dasar yang salah yang perlu diperbetulkan. Inilah mesej yang dibawa oleh PAS kepada rakyat Port Dickson dan PAS telah meletakkan seorang calon yang sangat sesuai untuk membawa suara mereka di parlimen bagi memenuhi tuntutan check dan balance kepada pentadbiran PH yang semakin tak menentu hala tujunya.
Walaupun di atas kertas, agak sukar kepada PAS untuk memenangi PRK ini tapi dalam politik pilhan raya apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Umpama ceritera yang disebut oleh Timbalan Presiden, YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan pengisytiharan calon malam tadi berkenaan dengan pertandingan lumba lari antara arnab dan kura-kura. Dari segi atas kertasnya sudah tentu arnab akan menang kerana kelincahannya dan kura-kura akan kalah dan hilang wang pertaruhan tetapi dek kerana over konfiden akhirnya kura-kura memenangi pertandingan tersebut. Adakah PRK Port Dickson akan menjadi satu sejarah baru politik tanah air? Kita tunggu dan lihat.
Muhammad Khalil Abdul HadiKetua Dewan Pemuda PAS Malaysia
28 September 2018 – HA
Labels:
Kenyataan Media
Komen Terkini
Anonymous commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Bagaimana dgn Sekolah Amanah, International Baccalaureate dll yang paperwork nya bertindih dgn…”
Cikgu Sarawak commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Harap betul. Jangan cakap saja”
Or Pei Chong commented on datuk azhar rakus seleweng wang rakyat: “Sejak bila Dato' Azhar terlibat dengan skandal Sime Darby? Dokumen mahkamah hanya menamakan…”
jamian sarif commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Perintah ALLAH jangan diperlekeh dan dipersendakan....kelak merana diri.”
Nikobai Berlalgel commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Just as Mr.Mahathir said before:"Islam are of peace.Islam don't force people to do what we…”
Liza Rahimi commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Better jalan kan hudud tuk semua..kalu xsalah knapa nak tkut kan..kalu xterima rasuah xde la…”
Get this Recent Comments Widget
Berita-berita daripada akhbar utama
- Pimpinan PAS WP dalami ilmu pilihan raya - 11/4/2019
- Apabila umat Islam tak kenal musuh - 11/4/2019
- Hari Keluarga PASTI Alor Gajah meriah - 11/4/2019
- LASBELA PASTI Kota Samarahan rai pelajar - 11/4/2019
- Muslimat Pekan disuntik semangat Munajat AKIFI - 11/4/2019
- Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri - 3/1/2020
- Mukhriz, Syed Saddiq sedia dikenakan tindakan - 3/1/2020
- MB: Kedudukan exco Bersatu dalam k'jaan Selangor akan diteliti - 3/1/2020
- Serangan pada Tian bukti PKR dikuasai budaya samseng, kata Azmin - 3/1/2020
- Hadi: Ada juga pemimpin PH dibebaskan dari kes mahkamah - 3/1/2020
- Isu Menara KL: Bekas pekerja nafi dakwaan dianiaya - 4/5/2025
- Ex-KL Tower employee denies claims of mistreatment amid takeover dispute - 4/5/2025
- Aidilfitri: Warga kota mula pulang, Lebuhraya KLK sesak - 4/5/2025
- Suntuk masa punca pesawah belum terima bantuan Aidilfitri, kata Mada - 4/5/2025
- Motorcyclist dies after hitting pothole - 4/5/2025
- Ismail Sabri pangku jawatan Timbalan Presiden Umno - 12/20/2018
- Hina kematian Adib, pekerja Honda diberhentikan - 12/20/2018
- Sis tak pernah harapkan balasan... - 12/20/2018
- Ada yang kempunan menjadi katak - 12/20/2018
- Tak tegur makna tak sayang: Nad Zainal - 12/19/2018
- Kajian tingkat elaun sara hidup pelajar MARA di UK akan dibentang tak lama lagi - 6/20/2022
- Kebun sayur punca sungai melimpah di Lojing - 6/20/2022
- Bersih rumah, curi barang kemas - 6/20/2022
- Usah risau peningkatan kembali kes COVID-19 - Pakar - 6/20/2022
- Kecurian balak, Save Kelantan gesa kerajaan negeri ambil tindakan tegas - 6/20/2022
- PM Ismail Sabri: Political funding bill's policy scope to be tabled to Cabinet - 5/19/2022
- Remains of senior citizen who died at Gunung Yong brought down by helicopter - 5/19/2022
- Tanjung City Marina project developer insists footprint of heritage godowns still intact - 5/19/2022
- Mozambique polio case similar to Malawi case - Africa CDC - 5/19/2022
- DBKL to set up task force to address strata property issues - 5/19/2022
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !