Home »
Kenyataan Media
» Perbincangan ekonomi dengan duta Amerika Syarikat
Perbincangan ekonomi dengan duta Amerika Syarikat
Written By Assistant Editor on Wednesday, 3 October 2018 | October 03, 2018
TIDAK mudah bagi saya berdiskusi dengan T.Y.T. Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar Amerika Syarikat, negara besar yang datang berkunjung hormat ke Pejabat Agung PAS baru-baru ini (Hari Isnin, 1 Oktober 2018).
Apatah lagi saya tidaklah boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan petah untuk berhujah. Sekadar mampu menuturkan beberapa perkataan penting, yang tidak melayakkan saya untuk dicalonkan menjadi Perdana Menteri, dan hanya layak menjadi Presiden PAS yang digelar 'parti pak lebai'.
Berbekalkan jati diri Islam dan Melayu, serta berpandukan ilmu ekonomi yang asasi daripada kitab seperti Muqaddimah Ibnu Khaldun dan penulisan sarjana ekonomi Islam yang lain. Namun saya membaca kitab asalnya, tidak seperti orang yang membaca tajuknya sahaja, laksana burung kakak tua yang petah bercakap bahasa manusia.
Saya dikemukakan tajuk ekonomi yang mega seperti ECRL (East Coast Rail Line) di antara Malaysia dan China. Saya menegaskan bahawa, Islam yang menggalakkan hubungan dengan semua pihak di seluruh dunia secara damai dan adil terhadap semua termasuk dalam aspek ekonomi. Saya bersetuju projek tersebut diteruskan, sekiranya memberi keuntungan kepada semua pihak, termasuk Malaysia bukan kepada China sahaja. Begitulah juga hubungan Malaysia dengan negara lain termasuk Amerika.
Begitu juga peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi supaya jangan bakhil teknologi. Inilah cara bermasyarakat Madani yang diajar oleh Islam. Maka Malaysia juga tidak terikat boleh mengadakan kerjasama yang adil dengan semua, sama ada Timur atau Barat. Manakala di Kelantan dan Terengganu, saya menyatakan keperluan untuk dibangunkan sektor hiliran bagi memajukan sektor pertanian, perikanan dan sumber asli yang kaya di negeri tersebut, melalui prasarana dan pelaburan yang seimbang.
Dalam ceramah PRK Port Dickson, saya menyebut berkenaan IMF atau Tabung Kewangan Antarabangsa. Saya masih ingat apabila Malaysia menghadapi krisis ekonomi bersama dengan negara dunia, maka Perdana Menteri di masa itu menolak cadangan Menteri Kewangan beliau yang mahu menagih bantuan IMF. Walaupun PAS adalah parti pembangkang, namun sama-sama tidak bersetuju dengan cara itu.
Tabung Kewangan Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Monetary Fund, IMF) ialah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi negara anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran. IMF juga memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir. Pertubuhan ini beribu pejabat di Washington D.C., Amerika Syarikat.
Saya tidak hanya membaca yang tersurat daripada IMF kerana wajib dibaca juga apa yang tersirat di sebalik perlumbaan ekonomi yang tidak ada belas kasihan terhadap negara yang disenaraikan sedang membangun, tetapi tidak dibenarkan bangun menjadi negara yang maju ke hadapan.
Kita menyaksikan kini akibat negara yang bergantung kepada IMF, walaupun dikatakan maju ekonominnya tetapi dijajah secara ekonomi oleh negara yang menjadi imam kepada IMF, apabila datangnya kalangan pelabur gergasi yang dibawa tidak mampu disaingi oleh pelabur tempatan.
Terpulang kepada kalangan ahli ekonomi yang lebih pakar dalam bidangnya melakukan muhasabah yang lebih bijak dan mendalam dengan ilmu dan pengetahuan yang lebih terkini.
Cukup bagi saya mengambil pengalaman daripada negara besar seperti Amerika yang tersilap memilih pemimpinnya yang disaksikan terkini.
“Islam Memimpin” ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Oktober 2018 / 23 Muharam 1440
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/
Labels:
Kenyataan Media
Komen Terkini
Anonymous commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Bagaimana dgn Sekolah Amanah, International Baccalaureate dll yang paperwork nya bertindih dgn…”
Cikgu Sarawak commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Harap betul. Jangan cakap saja”
Or Pei Chong commented on datuk azhar rakus seleweng wang rakyat: “Sejak bila Dato' Azhar terlibat dengan skandal Sime Darby? Dokumen mahkamah hanya menamakan…”
jamian sarif commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Perintah ALLAH jangan diperlekeh dan dipersendakan....kelak merana diri.”
Nikobai Berlalgel commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Just as Mr.Mahathir said before:"Islam are of peace.Islam don't force people to do what we…”
Liza Rahimi commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Better jalan kan hudud tuk semua..kalu xsalah knapa nak tkut kan..kalu xterima rasuah xde la…”
Get this Recent Comments Widget
Berita-berita daripada akhbar utama
- Pimpinan PAS WP dalami ilmu pilihan raya - 11/4/2019
- Apabila umat Islam tak kenal musuh - 11/4/2019
- Hari Keluarga PASTI Alor Gajah meriah - 11/4/2019
- LASBELA PASTI Kota Samarahan rai pelajar - 11/4/2019
- Muslimat Pekan disuntik semangat Munajat AKIFI - 11/4/2019
- Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri - 3/1/2020
- Mukhriz, Syed Saddiq sedia dikenakan tindakan - 3/1/2020
- MB: Kedudukan exco Bersatu dalam k'jaan Selangor akan diteliti - 3/1/2020
- Serangan pada Tian bukti PKR dikuasai budaya samseng, kata Azmin - 3/1/2020
- Hadi: Ada juga pemimpin PH dibebaskan dari kes mahkamah - 3/1/2020
- Dortmund crush Freiburg 4-1 in hunt for top 4 finish - 4/5/2025
- Karak highway jams expected to last until tomorrow night - 4/5/2025
- Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka hingga malam esok - 4/5/2025
- Leverkusen beat Heidenheim to keep title hopes alive - 4/5/2025
- Trump opponents poised for US protests after rallies in Europe - 4/5/2025
- Ismail Sabri pangku jawatan Timbalan Presiden Umno - 12/20/2018
- Hina kematian Adib, pekerja Honda diberhentikan - 12/20/2018
- Sis tak pernah harapkan balasan... - 12/20/2018
- Ada yang kempunan menjadi katak - 12/20/2018
- Tak tegur makna tak sayang: Nad Zainal - 12/19/2018
- Kajian tingkat elaun sara hidup pelajar MARA di UK akan dibentang tak lama lagi - 6/20/2022
- Kebun sayur punca sungai melimpah di Lojing - 6/20/2022
- Bersih rumah, curi barang kemas - 6/20/2022
- Usah risau peningkatan kembali kes COVID-19 - Pakar - 6/20/2022
- Kecurian balak, Save Kelantan gesa kerajaan negeri ambil tindakan tegas - 6/20/2022
- PM Ismail Sabri: Political funding bill's policy scope to be tabled to Cabinet - 5/19/2022
- Remains of senior citizen who died at Gunung Yong brought down by helicopter - 5/19/2022
- Tanjung City Marina project developer insists footprint of heritage godowns still intact - 5/19/2022
- Mozambique polio case similar to Malawi case - Africa CDC - 5/19/2022
- DBKL to set up task force to address strata property issues - 5/19/2022
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !