Oleh : Red Giant
Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan UDA Holdings dalam beberapa kes yang melibatkan hala tuju dan peranannya sejak ia ditubuhkan pada 1971.
Dari isu pembelaan terhadap peniaga kecil bumiputera dikawasan-kawasan bandar menerusi peningkatan sewa premis, mutu perkhidmatan, integriti tender-tender dan jual beli hartanah. Kesemua ini masih dibelenggu masalah integriti, ketelusan dan salahguna kuasa.
Antara beberapa isu yang berkaitan adalah seperti :
1. Isu pajakan tanah selama 75 tahun kepada syarikat bukan Bumiputera iaitu Central Market Management Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat KHA SENG GROUP. Namun, isu yang lebih penting adalah, kesan dari urusniaga ini, peniaga bumiputera di Central Market sudah tidak mampu menampung peningkatan kadar sewa premis perniagaan. Kes ini, seolah-oleh UDA telah lepas tangan terhadap masalah peniaga tempatan dengan menumpukan kepada keuntungan dari hasil pajakan tersebut.
2. Rangkaian Pusat Membeli Belah seperti Angsana Johor, Angsana Ipoh dan Angsana Seremban juga menjadi keluhan peniaga bumiputera apabila mereka dilayan seperti melukut ditepi gantang apabila kos penyewaan terus meningkat dan membebankan peniaga. Sebaliknya, UDA sibuk menumpukan soal imej dan penjenamaan semula pasaraya milik mereka dan mengabaikan peniaga.
3. Penjualan aset penting seperti tanah-tanah dilokasi strategik kepada syarikat milik Towkay-Towkay yang tidak memahami matlamat UDA. Penjualan tanah tersebut akan menguncupkan aset bumiputera yang sedia ada. Sebagai contoh penjualan tanah 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton Kuala Lumpur kepada Mutiara Goodyear Development Bhd., (Mutiara) pada harga RM215.5 juta. Malah, beberapa kes lagi wujud seperti tanah di Bukit Lanjan dan Lembah Pantai. Pada masa yang sama, peluang perniagaan untuk usahawan kecil bumiputera terus diabaikan.
Dari senarai ini kita dapat lihat bahawa, UDA bukan sekadar mengabaikan nasib usahawan bumiputera dan menjual aset-aset penting, tetapi sebenarnya UDA telah menjual nasib dan masa depan usahawan bumiputera.
Peranan UDA untuk membantu penempatan semula masyarakat bumiputera bandar, terus dipersoalkan apabila kebanyakan projek perumahan berkos tinggi yang tidak mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat, sebaliknya rumah kategori mampu milik seakan-akan tidak menjadi keutamaan UDA.
Projek-Projek Perumahan di Lembah Klang
1. Bandar Tun Hussein Onn - kediaman mewah
2. Gaya Bangsar – Kondo mewah
3. Sinaran TTDI – Apartment mewah
Pembinaan Kediaman dikawasan Selatan
1. Bandar Baru Uda – kediaman mewah
Pembinaan Kediaman dikawasan Timur
1. Pelindung Height – kediaman mewah
2. Taman Murni Perdana – 2 Fasa kediaman mewah – 1 fasa kediaman kos rendah.
Pembinaan dikawasan Utara
1. Nilamria – kediaman mewah
2. Taman Wakaf SeeTee Aisah – Mewah
Inilah hasil UDA sejak kebelakangan ini. Anda boleh nilaikan sendiri.
Berbalik kepada urusniaga UDA, kesemua urusniaga UDA ini adalah dengan Towkay kapitalis yang mana agenda mereka langsung tidak mempedulikan usahawan bumiputera. Yang ironiknya UDA telah mencanangkan bahawa mereka akan mempertahankan hak ekonomi Melayu, namun yang untung hanya towkay yang terus menjadi kroni elitis dalam UMNO, bukan rakyat jelata.
Dibawah kendalian YB Johari Ghani, UDA telah membuka tender kepada pemaju dan GLC untuk sama-sama membangunkan tanah bekas penjara pudu. Namun pada awal tahun ini tender tersebut telah dibatalkan oleh Kerajaan. Siapakah yang telah memberi arahan?
Tanah strategik yang bernilai ratusan juta bukan sahaja mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada UDA. Malah akan membolehkan UDA membina ribuan rumah-rumah mampu milik bukan hanya kepada Bumiputera tetapi kepada seluruh rakyat yang berpendapatan rendah.
Jadi soalnya, apakah alasan pembatalan tender tersebut?
Syarikat manakah yang telah "dianugerahkan" projek tersebut?
Siapakah towkay yang membolot projek tersebut?
Siapakah yang memberi arahan untuk penganugerahan projek ini?
Semua ini akan didedahkan dalam artikel seterusnya..
-redgiantloyalist.
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Komen Terkini
Anonymous commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Bagaimana dgn Sekolah Amanah, International Baccalaureate dll yang paperwork nya bertindih dgn…”
Cikgu Sarawak commented on guru tak perlu buat tugas kerani mulai: “Harap betul. Jangan cakap saja”
Or Pei Chong commented on datuk azhar rakus seleweng wang rakyat: “Sejak bila Dato' Azhar terlibat dengan skandal Sime Darby? Dokumen mahkamah hanya menamakan…”
jamian sarif commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Perintah ALLAH jangan diperlekeh dan dipersendakan....kelak merana diri.”
Nikobai Berlalgel commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Just as Mr.Mahathir said before:"Islam are of peace.Islam don't force people to do what we…”
Liza Rahimi commented on sehari selepas tun mahathir kutuk nik: “Better jalan kan hudud tuk semua..kalu xsalah knapa nak tkut kan..kalu xterima rasuah xde la…”
Get this Recent Comments Widget
Berita-berita daripada akhbar utama
- Pimpinan PAS WP dalami ilmu pilihan raya - 11/4/2019
- Apabila umat Islam tak kenal musuh - 11/4/2019
- Hari Keluarga PASTI Alor Gajah meriah - 11/4/2019
- LASBELA PASTI Kota Samarahan rai pelajar - 11/4/2019
- Muslimat Pekan disuntik semangat Munajat AKIFI - 11/4/2019
- Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri - 3/1/2020
- Mukhriz, Syed Saddiq sedia dikenakan tindakan - 3/1/2020
- MB: Kedudukan exco Bersatu dalam k'jaan Selangor akan diteliti - 3/1/2020
- Serangan pada Tian bukti PKR dikuasai budaya samseng, kata Azmin - 3/1/2020
- Hadi: Ada juga pemimpin PH dibebaskan dari kes mahkamah - 3/1/2020
- Sabah belum keluar lesen lombong emas, kata Hajiji - 4/16/2025
- Gandhis slammed with graft charges - 4/16/2025
- Kerajaan arah Menara KL tutup sementara, dakwa operasi MKLSB tanpa kebenaran - 4/16/2025
- Govt orders KL Tower’s temporary closure, says MKLSB operating illegally - 4/16/2025
- MACC detains 3 in corruption probe involving river maintenance works - 4/16/2025
- Ismail Sabri pangku jawatan Timbalan Presiden Umno - 12/20/2018
- Hina kematian Adib, pekerja Honda diberhentikan - 12/20/2018
- Sis tak pernah harapkan balasan... - 12/20/2018
- Ada yang kempunan menjadi katak - 12/20/2018
- Tak tegur makna tak sayang: Nad Zainal - 12/19/2018
- Kajian tingkat elaun sara hidup pelajar MARA di UK akan dibentang tak lama lagi - 6/20/2022
- Kebun sayur punca sungai melimpah di Lojing - 6/20/2022
- Bersih rumah, curi barang kemas - 6/20/2022
- Usah risau peningkatan kembali kes COVID-19 - Pakar - 6/20/2022
- Kecurian balak, Save Kelantan gesa kerajaan negeri ambil tindakan tegas - 6/20/2022
- PM Ismail Sabri: Political funding bill's policy scope to be tabled to Cabinet - 5/19/2022
- Remains of senior citizen who died at Gunung Yong brought down by helicopter - 5/19/2022
- Tanjung City Marina project developer insists footprint of heritage godowns still intact - 5/19/2022
- Mozambique polio case similar to Malawi case - Africa CDC - 5/19/2022
- DBKL to set up task force to address strata property issues - 5/19/2022
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !