Siasat pendedahan Mahathir berkaitan harta Ahmad Zahid
Written By Assistant Editor on Thursday, 3 August 2017 | August 03, 2017
ALOR SETAR - Bersatu Padang Serai mendesak siasatan dilakukan terhadap dakwaan didedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pengisytiharan harta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno.
Ketua Bahagiannya, Khairul Anuar Ramli berkata, sehubungan itu satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan kekayaan Ahmad Zahid sejak 1996.
“Jika benar dakwaan itu, pasti jumlah kekayaan beliau makin bertambah. Kami mahu Ahmad Zahid jelaskan dari mana beliau peroleh kekayaan sebanyak itu, nyatakan secara jelas,” katanya, selepas membuat laporan di pejabat SPRM Kedah, hari ini.
Menurutnya, SPRM harus menyiasat dari mana sumber kewangan milik Ahmad Zahid yang dikatakan mencecah RM230 juta.
“Rakyat berhak tahu kerana Ahmad Zahid dikatakan pemimpin pelapis negara, ini soal integriti dan imej, beliau harus beri jawapan,” katanya.
Khairul Anuar berkata, pihaknya juga mahu SPRM menyiasat Ahmad Zahid bawah Seksyen 16, 17 (A) dan 17 (B) Akta SPRM.
“Kami harap SPRM siasat dakwaan itu sama ada ia benar atau tidak. Jika tuduhan itu ada asasnya, SPRM tidak wajar melindungi Ahmad Zahid dan beliau harus diadili bawah peruntukan perundangan sedia ada,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mahu melihat sama ada pemimpin itu memiliki integriti dan telus menjawab dakwaan dilemparkan.
Sebelum ini, Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mendakwa Ahmad Zahid membuat pengisytiharan kepadanya selaku perdana menteri pada 1996, yang mendedahkan Naib Presiden Umno itu memiliki sembilan angka dalam akaun banknya.
Bagaimanapun, Mahathir dalam kenyataan menerusi blognya mendakwa jawapan diberikan Ahmad Zahid ketika itu kurang jelas dan meminta beliau memperjelas dari mana memperoleh wang sebegitu banyak.
Mahathir turut mendakwa Ahmad Zahid mendapatkan sokongannya bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Serangan Mahathir itu dibuat selepas Ahmad Zahid mengungkit keturunan bekas Perdana Menteri itu yang berdarah campuran India pada mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya dengan mendedahkan butiran kad pengenalan Mahathir.
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Labels:
Berita
Komen Terkini
Get this Recent Comments Widget
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !