Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » Ibrahim Ali jadi calon Bebas di Pasir Mas dan DUN Tendong

Ibrahim Ali jadi calon Bebas di Pasir Mas dan DUN Tendong

Written By Assistant Editor on Tuesday 24 April 2018 | April 24, 2018


KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas dan kerusi DUN Tendong.
 
Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan permintaan pengundi Pasir Mas.
 
“Saya juga mahu bertanding sebab politik adalah darah daging, sejak zaman saya belajar lagi sampai sekarang.
 
“Ada dua sebab mahu bertanding, saya mahu meneruskan perjuangan yang saya galas dan lihat sokongan terhadap saya semakin meningkat selepas saya tidak terpilih pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa hari ini.
 
Pada 22 Mac lalu, Ibrahim mengesahkan akan menyertai sama ada di Parlimen Pasir Mas atau Rantau Panjang.
 
Ibrahim pernah memenangi kerusi Pasir Mas pada 1986 atas tiket Umno dan 1990 atas tiket Semangat 46.
 
Bagaimanapun, beliau kalah di kerusi itu ketika bertanding sebagai calon Bebas pada 1995, 1999 dan 2004.
 
Pada 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS.
 
Pada 2013, Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas dan tewas kepada calon PAS, Nik Mohamad Abduh yang juga anak bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan majoriti 8,047 undi.
 
Ibrahim yang juga pengasas Perkasa berkata, penduduk Pasir Mas nampak perbezaan ketika beliau mewakili Pasir Mas pada 2008.
 
“Mereka dapat beza calon-calon lain yang menjadi ahli Parlimen Pasir Mas, sebab itu mereka mahu saya kembali,” katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, Perkasa akan menentukan status jawatannya malam ini.
 
“Malam ini Perkasa akan memanggil mesyuarat tergempar. Saya akan jelaskan dalam mesyuarat itu nanti mengenai keputusan saya untuk bertanding dan saya akan serahkan sepenuhnya (jawatan saya dalam Perkasa) kepada mesyuarat itu nanti.”
 
Sebelum ini, Ibrahim mendakwa mempunyai 500 kakitangan dalam “jentera barisan depan” di tiga DUN di bawah Parlimen Pasir Mas, iaitu Tendong (PAS menang dengan majoriti 978 undi), Pengkalan Pasir (PAS menang dengan majoriti 4,715 undi) dan Meranti (PAS dapat majoriti 1,985 undi).
 
Berdasarkan statistik PRU13, Parlimen Pasir Mas mempunyai 71,965 pengundi.

....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.