Home »
Tips & Petua
» 7 Amalan Ibu Bapa Boleh Amalkan Saat Anak Menghadapi Peperiksaan
7 Amalan Ibu Bapa Boleh Amalkan Saat Anak Menghadapi Peperiksaan
Written By Assistant Editor on Sunday, 30 September 2018 | September 30, 2018
Setiap kali menjelang pertengahan tahun, semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak dibangku sekolah, terutamanya jika bakal menghadapi peperiksaan, pasti hati tidak tenang. Sebenarnya, bukan sahaja si anak yang tak tenang, boleh jadi penyakit gundah gulana ini boleh hinggap pada si ibu dan bapa, tetapi kebiasaannya si ibu lah.
Dengan UPSR baru sahaja berlalu, terdapat banyak lagi peperiksaan besar yang masih menanti misalnya PT3, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan macam-macam lagi peperiksaan sebenarnya.
Bagi nak menghilangkan perasaan anda yang sebenarnya tidak membantu pun pembelajaran anak-anak, apa kata anda cuba ikuti tips yang dikongsikan oleh Cikgu mohd Fadli Salleh ini. Semoga bermanfaat.
7 AMALAN IBU BAPA SAAT ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
Banyak aku baca dan dengar perkongsian tips tentang apa amalan yang baik ibu bapa amalkan saat anak-anak sedang berjuang di medan peperiksaan. Aku kongsikan di sini ya.
1. Ibu dan bapa hadir di sekolah sepanjang peperiksaan berlangsung. Bersalam dengan anak dan doakan mereka.
2. Saat anak melangkah masuk, ibu ‘hantar’ dengan doa agar anak ditajamkan akal dan diberi kemudahan untuk menjawab semua soalan.
3. Ibu beredar ke surau, buat solat hajat. Solat dhuha, solat taubat dan berdoalah.
4. Membaca Al Quran saat anak menjalani peperiksaan. Antara surah-surah yang disarankan seperti surah Al Fatihah, 3 Qul, Surah Insyirah dan surah Yaasin.
Tiada masalah nak baca mana-mana surah sebenarnya. Semua kalimah Allah adalah mukjizat.
5. Yang tidak boleh solat, selawat banyak-banyak, zikir dan hantar doa tanpa putus.
6. Bersedekah pada masjid dan fakir miskin dengan niat dipermudahkan urusan anak dan keluarga.
7. Puasa sunat bagi yang mampu dan tidak uzur.
Yang tidak dapat hadir ke sekolah, tiada masalah. Amalan-amalan ini boleh saja dilakukan di rumah atau di pejabat.
Malah ada sekolah tidak membenarkan ibu bapa berada dalam kawasan sekolah atas pelbagai faktor. Tenang saja, boleh lakukan di rumah dan di tempat kerja.
Mereka telah usaha, kita ibu bapa juga kena usaha. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.
Mohd Fadli Salleh
#MFS
– Kita hidup berTuhan –
Sumber : Mohd Fadli Salleh
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/
Labels:
Tips & Petua
Komen Terkini
Get this Recent Comments Widget
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !