Home »
Jenayah & Mahkamah
» Shafee mahu jumpa wartawan Wall Street Journal Bradley Hope dan Tom Wright
Shafee mahu jumpa wartawan Wall Street Journal Bradley Hope dan Tom Wright
Written By Assistant Editor on Thursday, 4 October 2018 | October 04, 2018
Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersedia bertemu penulis buku Billion Dollar Whale untuk membuktikan apa yang mereka tulis dalam buku itu mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak tahu mengenai kemasukan dana ke akaun peribadinya adalah daripada hasil wang haram.
Shafee ketika memberitahu perkara itu kepada pihak media mendakwa beliau telah membaca buku itu sebanyak tiga kali.
"Di kebanyakan bahagian buku yang saya baca tiga kali, dia (pengarang) sebenarnya mengesahkan bahawa Najib telah dikelirukan oleh orang seperti Jho Low dan beberapa orang Arab (penderma).
"Saya boleh duduk dengan pengarang dan berbahas dengannya kerana saya boleh menyebutkan beberapa halaman dan perenggan. Dalam perenggan-perenggan ini, beliau berkata Najib keliru dan di bahagian lain dia menyimpulkan Najib mungkin tahu dana haram itu," katanya.
Shafee berkata penulis buku tersebut bukan peguam dan mereka tidak menulis untuk tujuan perundangan.
"Mereka tidak faham bahawa (Najib) tidak katakan saya tidak tahu wang masuk. Tetapi apa yang dia katakan adalah saya tidak sedar wang yang masuk adalah dari proses haram," kata peguam yang mewakili Najib itu.
Shafee diminta mengulas mengenai salah satu komen penulis berkenaan yang memberitahu media bahawa peguam itu mungkin tidak membaca keseluruhan buku tersebut apabila mendakwa ia menunjukkan anak guamnya tidak mengetahui urus niaga berkenaan.
Buku tersebut ditulis oleh wartawan Wall Street Journal Bradley Hope dan Tom Wright.
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/
Labels:
Jenayah & Mahkamah
Komen Terkini
Get this Recent Comments Widget
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !