Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » Tiada dacing bulan pun berguna

Tiada dacing bulan pun berguna

Written By Assistant Editor on Thursday 4 October 2018 | October 04, 2018


PAS memberitahu pengundi di Port Dickson, pengundi dan penyokong BN di kawasan berkenaan tidak mempunyai pilihan lain kecuali memilih bulan pada 13 Okt ini.

Menzahirkan kenyataan itu sebagai "pesanan istimewa" calon PAS Mohd Nazari Mokhtar berkata pengundi Umno dan BN sebenarnya masih boleh memberikan sokongan kepada parti itu.

Namun katanya pada PRK kali ini Umno atau BN - yang menggunakan lambang dacing - tidak meletakkan calon.

“Ini pesanan istimewa saya kepada sahabat-sahabat dari Umno-BN.

“Kalau kali ini nak undi BN, silakan. Tapi saya nak bagi maklum, nanti cari dacing (pada kertas undi) takkan jumpa sebab dacing tak bertanding kali ini.

“Bila dacing tak bertanding, tak ada lambang dacing.

"Kalau tak ada lambang dacing, tak ada pilihan lain, kena pastikan bulan terus mengambang di Port Dickson dan seluruh Negeri Sembilan,” katanya semasa majlis ceramah kelompok di Taman Intan Perdana, Port Dickson malam tadi.

PRK Port Dickson akan diadakan Sabtu ini susulan peletakan jawatan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.

Mohd Nazari berdepan dengan Anwar dari Pakatan Harapan dan lima lagi calon bebas yang terdiri daripada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; Lau Seck Yan, Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari yang juga pesara tentera mengesa pengundi Port Dickson memberi peluang kepada PAS untuk menjadi suara rakyat kawasan terbabit di parlimen.

“Di Negeri Sembilan ini tak ada bulan (wakil rakyat PAS) lagi kan?

"Kalau bulan terus mengambang (PAS menang) insya-Allah pantai Port Dickson akan terus bercahaya - pada siang hari bersama matahari, malam hari bersama bulan.

“Dalam hati ada bulan insya-Allah kita akan bersuara di Parlimen,” katanya sambil disambut laungan takbir oleh hadirin yang hadir.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, seramai 40 calon kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di Negeri Sembilan kehilangan wang depositnya.

Seseorang calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Di Negeri Sembilan, tujuh daripada lapan calon PAS bagi kerusi parlimen hilang deposit, manakala satu lagi adalah calon Parti Alternatif Rakyat (PAP).

Kerusi DUN pula menyaksikan 25 calon PAS, lima PAP, dan masing-masing seorang calon bebas dan BN mengalami nasib sama.

Untuk rekod PAS meletakkan calon di 27 daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan pada PRU ke-14 lalu.



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.