Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » PBB minta Brunei tangguh hukuman rejam terhadap pengamal seks songsang

PBB minta Brunei tangguh hukuman rejam terhadap pengamal seks songsang

Written By Assistant Editor on Sunday 20 April 2014 | April 20, 2014

 
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya terhadap pelaksanaan pindaan undang-undang jenayah negara Brunei Darussalam yang akan dikuatkuasakan 22 April ini.

Ia termasuk hukuman rejam sampai mati terhadap penjenayah bersifat seksual termasuk mereka yang melakukan hubungan sejenis dan liwat.

Menurut jurucakap bagi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Rupert Colville, penggunaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

 “Kami menggesa kerajaan Brunei untuk menangguhkan tarikh kuatkuasa kod jenayah tersebut dan mengendalikan satu kajian yang komprehensif bagi memastikan ianya bertepatan dengan piawaian antarabangsa berkaitan hak asasi manusia” katanya dalam satu sidang akhbar di Geneva.

Post Pic
Antara lain, hukuman rejam sampai mati akan dilaksanakan untuk jenayah rogol, zina, sodomi, dan hubungan seks luar nikah untuk umat Islam.

“Di bawah undang-undang antarabangsa, rejam sampai mati merupakan seksaan atau kezaliman yang tidak berperikemanusiaan adalah jelas dilarang” kata Colville.

Beberapa kajian yang dijalankan PBB menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung dijatuhi hukuman rejam kerana diskriminasi yang bersifat stereotaip terhadap mereka, termasuk dikalangan penguatkuasa undang-undang dan pegawai - pegawai kehakiman.

“Kanun keseksaan ke atas kod jenayah tersebut, akan meningkatkan kadar jenayah dan diskriminasi terhadap wanita dan orang lain berdasarkan orientasi seksual mereka” tegas Colville.

Brunei turut menetapkan hukuman mati untuk pelbagai kesalahan termasuk merompak, menghina atau memfitnah Nabi Muhammad SAW, menghina Al-Quran dan Hadis, kufur, mengisytihar diri seorang nabi atau keluar agama Islam serta membunuh.

.....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.