Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » Insiden Ipoh: Mana Keadilan?

Insiden Ipoh: Mana Keadilan?

Written By Assistant Editor on Sunday 20 April 2014 | April 20, 2014


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar telah membuat kenyataan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar bertindak tegas dalam insiden di Stadium Perak, Ipoh baru-baru ini.

Sebagai seorang ahli politik, kesan kenyataan Khairy tersebut akan secara langsung menjejaskan keadilan di dalam siasatan insiden tersebut berikutan Polis telah menahan reman empat orang remaja yang telah di bawa ke Mahkamah Sekyen hari ini.

Benar berlaku kekecohan di luar Stadium selepas perlawanan antara Pasukan Perak melawan JDT dalam saingan Liga Super yang berkesudahan Perak tewas 0-1 dengan JDT, kesan kekalahan tersebut menyukarkan Perak untuk terus berada di dalam Liga Super.

Sebelum ini, kekecohan seumpamanya telah berlaku di Stadium Larkin, Johor Bahru dalam saingan yang sama antara JDT dan juga Perak menyebabkan kereta Pegawai dan bas penyokong Perak telah rosak setelah dibaling dengan batu selepas berakhir perlawanan.

Diakui bahawa perlawanan dengan JDT yang lalu penting selain mengingati kejadian buruk yang telah berlaku di Larkin kerana 'kepanasan' dalam saingan tersebut dan 'bahang' penyokong tegar yang sememangnya sukar diramal dan dikawal.

Akibatnya, pihak Polis telah membuat tangkapan setelah berlaku 'kekecohan' di luar Stadium setelah pihak tertentu membakar suar dan membaling bom asap selain melontarkan mercun di tepi padang sebelum berakhir babak perlawanan tersebut.

Polis telah menahan lapan orang pada malam tersebut dan pada pagi tadi, hari Jumaat pihak Polis telah membawa empat orang remaja yang didakwa kerana merusuh setelah ditahan reman selama tiga hari setelah ditangkap sejurus perlawanan tersebut.

Saya dan Peguam Pemuda PAS, Mohd Fitri Asmuni yang juga Pengarah Pusat Aduan Bandar Pemuda PAS Perak hadir membantu Ahli Keluarga yang hadir mengenang nasib Anak dan Ahli Keluarga mereka yang ditahan reman pada malam tersebut.

Remaja yang telah ditahan adalah dari Parit Buntar dan keluarga mereka mengakui dimaklumkan oleh pihak Polis pada pagi hari Rabu terkejut bahawa Anak dan Ahli Keluarga yang telah ditahan kerana dituduh merusuh pada malam tersebut dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Setelah dibawa ke Mahkamah tadi, pihak polis telah memohon supaya reman dilanjutkan terhadap empat orang suspek tersebut dan mahkamah telah membenarkan agar reman tersebut dilanjutkan selama 3 hari, sehingga 21 April ini.

Sebak dan berlinang air mata Ahli Keluarga yang menunggu seawal pagi untuk mengetahui nasib Anak dan Ahli Keluarga mereka yang ditahan oleh Polis setelah mengetahui bahawa mereka berempat telah dituduh merusuh.

Apa yang menyedihkan, adakah mereka ini 'dikambing hitamkan' bagi mengheret juga empat orang remaja tersebut bagi menunjukkan bahawa pihak Polis dan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) bertindak tepat?

Adakah benar bahawa mereka terlibat dan terbukti bahawa mereka telah bertindak merusuh pada malam tersebut? Bukan tujuan untuk mempertikai mana-mana pihak tetapi kenapakah pihak tertentu yang mencetuskan kekecohan tidak ditangkap?

Saya lahirkan kekesalan, dimanakah Persatuan dan Kelab Penyokong Bolasepak Perak setelah insiden ini berlaku kerana empat remaja tersebut seperti 'dianiaya' setelah ditangkap dan ditahan sedangkan mereka tidak melakukan perbuatan tersebut?

Sepatutnya Khairy dan PAFA tampil melihat keadaan ini yang dizahirkan oleh Ahli Keluarga kerana mereka yakin bahawa Anak dan Ahli Keluarga mereka tidak bersalah dan terlibat merusuh sepertimana yang dilaporkan.

Kita tunggu pada hari Isnin ini dan sewajarnya penyokong bolasepak Perak hadir melihat dan mendengar sendiri keluhan dan rintihan Ahli Keluarga mereka yang terlibat. Peristiwa yang berlaku ini amat sedih sekali dan merupakan sejarah 'hitam' dalam hidup mereka.

Salman Saleh
*Penulis adalah Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Negeri Perak dan Penasihat Kelab Penyokong TBG DACS Perak

................

Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.