Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » Ahli UMNO tidak boleh terlibat dalam PRK Port Dickson

Ahli UMNO tidak boleh terlibat dalam PRK Port Dickson

Written By Assistant Editor on Sunday 30 September 2018 | September 30, 2018


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jentera UMNO Bahagian Telok Kemang tidak boleh mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson walaupun ada yang menyokong calon tertentu.

"Sebagai jentera di bahagian, mereka tidak boleh mengambil bahagian kerana kita memboikot PRK tersebut atas asas kita tidak suka cara PRK itu diadakan. Itu sebab kita kena betul-betul faham perkataan boikot," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan calon Bebas PRK berkenaan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang mendakwa pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang bersetuju beliau bertanding di Port Dickson.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Pas dan lima calon Bebas termasuk Mohd. Isa dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen itu dikosongkan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Ditanya tindakan yang akan diambil sekiranya ahli UMNO turun berkempen pada PRK itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, ia akan diputuskan kepimpinan parti.

Bagaimanapun, Mohamad Hasan berkata, ahli UMNO bahagian itu bebas mengundi siapa sahaja pilihan mereka dalam PRK pada 13 Oktober depan. - Bernama


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.