Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » MP UMNO Dijangka Terus Berkurang

MP UMNO Dijangka Terus Berkurang

Written By Assistant Editor on Tuesday, 2 October 2018 | October 02, 2018


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan jumlah anggota Parlimen UMNO bakal menyusut akhir bulan ini.

Katanya 49 anggota Parlimen UMNO ketika ini bakal hanya tinggal ‘tiga, empat kerat sahaja’.

“Keadilan (PKR) hari ini adalah blok terbesar di Parlimen. PKR ada 51 anggota Parlimen, DAP mempunyai 42 anggota Parlimen, UMNO ada 49 orang. Esok mungkin 40 orang, kemudian 20 orang dan hujung bulan ini tinggal tiga empat kerat sahaja,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Pidato Malaysia Baru sempena pemilihan PKR di Kuala Terengganu.

Jelas beliau, ia adalah berdasarkan penilaiannya terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir, yang kelihatan lemah tanpa pendirian tegas dalam menentukan hala tuju parti tersebut.

Mengenai tindakan pencabarnya Rafizi Ramli yang kadang kala melontarkan pelbagai dakwaan yang bagaikan mempertikai kesetiaannya terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin berkata Rafizi perlu meneliti bagaimana perjuangannya (Azmin) sejak 1998 yang melalui pelbagai ranjau dalam mempertahankan Anwar.-SuaraTv



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.