Home »
Luar Negara
» Facebook berdepan denda AS$1.6b
Facebook berdepan denda AS$1.6b
Written By Assistant Editor on Tuesday, 2 October 2018 | October 02, 2018
LOS ANGELES, California – Pendedahan mengejutkan oleh Facebook bahawa laman sosial berkenaan menjadi sasaran serangan siber besar-besaran pada Jumaat lalu yang menyaksikan penggodam menceroboh dan mendapat akses penuh terhadap sekurang-kurangnya 50 juta profil pengguna dan aplikasi pautan mendorong pihak berkuasa Kesatuan Eropah (EU) mengancam untuk mengenakan denda mencecah AS$1.63 bilion (RM6.75 bilion), demikian menurut akhbar Wall Street Journal.
Pepijat berkenaan mengeksploitasi kelemahan pada ciri ‘View As’ dan pemuat naik video untuk mendapatkan akses kepada akaun pengguna Facebook.
Serangan itu memaksa Facebook menetapkan semula token akses untuk 50 juta pengguna yang terjejas di samping 40 juta pengguna lain sebagai langkah berjaga-jaga.
Ini bermakna pengguna yang log keluar daripada laman Facebook pada peranti mereka adalah terjejas.
Facebook yang merupakan laman sosial terbesar di dunia, tidak menjelaskan sama ada penggodam cuba mencuri data daripada profil yang terjejas, namun Naib Presiden Pengurusan Produk, Guy Rosen memberitahu pemberita bahawa mereka cuba mengumpul maklumat peribadi daripada sistem Facebook, demikian menurut akhbar New York Times.
Rosen juga berkata, Facebook tidak pasti sejauh mana aplikasi pihak ketiga di laman webnya turut terjejas.
Laman sosial itu juga tidak pasti sama ada penyerang telah mengakses maklumat paling sensitif yang disimpan termasuk mesej peribadi.
Facebook juga berkata bahawa serangan itu sangat canggih dan mereka mungkin juga tidak dapat mengenal pasti dalangnya.
Sementara itu, Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland yang mengawasi Facebook di Eropah menyatakan pada Sabtu lepas bahawa pihaknya menuntut lebih banyak maklumat daripada Facebook termasuk ciri dan skala pencerobohan itu serta warga EU yang mungkin terjejas.
Pencerobohan itu mungkin mengakibatkan Facebook dikenakan denda maksimum di bawah Undang-Undang Kerahsiaan Data Umum (GDPR) yang dikuatkuasakan di Eropah baru-baru ini.
Denda maksimum itu menyamai empat peratus daripada pendapatan global firma tersebut bagi tahun sebelumnya, bersamaan AS$1.63 bilion (RM6.75 bilion).
Di bawah GDPR, syarikat yang gagal melindungi data pengguna sewajarnya boleh dikenakan denda maksimum AS$23 juta (RM95.19 juta), atau empat peratus pendapatan tahunan firma berkenaan, yang mana lebih tinggi. – Agensi
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/
Labels:
Luar Negara
Komen Terkini
Get this Recent Comments Widget
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !