Home »
Wanita & Kekeluargaan
» Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh
Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh
Written By Assistant Editor on Tuesday, 2 October 2018 | October 02, 2018
Bermula hanya sekadar gurauan namun akhirnya mengundang padah. Seorang wanita dipercayai menyumbat anaknya ke dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri.
Kejadian yang berlaku di Laundry Bar cawangan HVS Resources Bukit Sentosa itu berpunca daripada niat seorang ibu yang mahu bergurau dengan anaknya.
Menurut Oh My Media, wanita tersebut memasukan anaknya ke dalam mesin basuh tanpa berfikir panjang dan akhirnya didapati pintu mesin berkenaan tidak dapat dibuka semula selepas ditutup.
Kejadian itu mendapat perhatian ramai setelah wanita tersebut menjerit meminta tolong untuk membuka pintu mesin berkenaan demi menyelamatkan anaknya.
Bagaimanapun, tindakan pantas beberapa pekerja restoran mamak bersebelahan pusat dobi berkenaan akhirnya berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut.
Berdasarkan sebuah video yang dirakam, pekerja tersebut akhirnya mengambil tindakan untuk memecahkan kaca pada mesin basuh berkenaan setelah tindakan mereka bertungkus lumus membuka pintu tersebut gagal.
Video ini bagaimanapun tular di laman Facebook dan rata-rata netizen melemparkan amarah atas tindakan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya menjadi bahan gurauan.
-------
Ini cerita sebenar kejadian sumbat anak dalam mesin dobi layan diri Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2018 4:10 PM
PETALING JAYA: Insiden seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terperangkap di dalam mesin basuh sebuah kedai dobi layan diri di Taman bukit Sentosa, Rawang menjadi perhatian ramai.
Pelbagai andaian timbul sehingga ada yang menyangka perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Bagaimanapun menurut pengusaha dobi, Mohamad Nazir Abd Razak, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam Isnin di premisnya itu diketahui selepas dimaklumkan bapa mangsa.
"Bapa mangsa menghubungi dan memaklumkan mengenai kejadian sebenar. Sudah pasti saya terkejut bagaimana anak dia boleh masuk dalam mesin basuh.
"Saya dimaklumkan perbuatan itu dilakukan bapa saudara mangsa dengan tujuan untuk bergurau. Saya sangka gurauan itu dilakukan kanak-kanak yang tak boleh nak berfikir, tapi lebih mengejutkan apabila diberitahu bapa saudaranya itu berusia lingkuan 20-an," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Dalam pada itu, Mohamad Nazir turut menasihatkan pengguna perkhidmatan dobi layan diri agar mengutamakan keselamatan dan tidak panik jika berhadapan situasi sama.
"Tahap keselamatan perlu diambil kira ketika menggunakan mesin dobi layan diri agar kejadian sama tidak berulang.
"Setiap mesin di kedai dobi selamat digunakan dan ia tidak akan berfungsi dengan sendiri. Paling penting, sentiasa baca arahan pada mesin berkenaan.
"Jika panik, hanya tekan butang 'reset' atau matikan suis dan pintu washer akan terbuka dalam masa beberapa saat, ujarnya".
Jumlah kerugian masih belum dikenal pasti.
Sebelum ini heboh mengenai perbuatan kejam dua individu yang tergamak memasukkan seekor ibu kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering di kedai dobi layan diri lalu menghidupkan peralatan berkenaan.
Kucing tersebut mati dengan kesan darah dalam mesin itu yang mempunyai tiga tahap suhu iaitu panas, sederhana panas atau biasa.
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/
Labels:
Wanita & Kekeluargaan
Komen Terkini
Get this Recent Comments Widget
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !