Home »
Pendidikan
» Guru tak perlu buat tugas kerani mulai Januari
Guru tak perlu buat tugas kerani mulai Januari
Written By Assistant Editor on Tuesday, 2 October 2018 | October 02, 2018
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, semua guru di seluruh negara akan dikecualikan daripada beban tugas perkeranian, selewat-lewatnya pada Januari tahun depan.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan memperkasa tugas guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.
“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.
“Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kemahiran dan kepakaran yang dimiliki guru amat merugikan jika tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian.
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/
Labels:
Pendidikan
Komen Terkini
Get this Recent Comments Widget
Harap betul. Jangan cakap saja
ReplyDeleteBagaimana dgn Sekolah Amanah, International Baccalaureate dll yang paperwork nya bertindih dgn kerja KPM. Guru sibuk dgn paper work saja sehingga tugas utama mengajar diabaikan
ReplyDelete