Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » Ustaz Awang Nasaruddin kembali ke rahmatullah

Ustaz Awang Nasaruddin kembali ke rahmatullah

Written By Assistant Editor on Thursday 3 April 2014 | April 03, 2014

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Awang Nasaruddin Abu Bakar, 74, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 9.00 malam ini.

Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin merupakan pemidato PAS terkenal pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Mereka mendoakan semoga allahyarham dihimpun dalam kalangan para syuhada dan solihin.
"Insya Allah saya akan sama-sama hadir untuk solat jenazah di Masjid Pekan Batu 6 jam 11.00 pagi 4.4.2014 (esok),” tulis Tuan Guru Abdul Hadi menerusi facebook.
Ustaz Awang pernah dianugerahkan Tokoh Ulama PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Selangor pada Jun 2009.

Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram pada tahun 1974 ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) yang memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun kepada PAS Terengganu.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada tahun 1974 yang mewakili PAS Terengganu.

Jasa beliau kepada masyarakat di Terengganu amat besar dan pernah menjadi tenaga pengajar di masjid-masjid dan surau, pengasas Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Batu Enam, pengasas Masjid At-Taqwa Baru Enam serta dikenali sebagai pemidato PAS yang lantang.

Kehebatan ilmunya dalam bidang agama membolehkan beliau dilantik mengetuai Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang kelima selepas Ustaz Abas Awang, Ustaz Ismail Sulong, Ustaz Ghazali Ahmad dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau juga pernah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus

Kelantangan beliau berpidato di pentas PAS serta ketika mengajar agama sehingga digelar sebagai Ustaz Awang ‘Tukul Besi’ yang terkenal suatu ketika dahulu.

Beliau pernah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Tokoh PAS Terengganu 2001 dan 2006 pada sambutan Jubli Emas PAS Terengganu.

Ustaz Awang pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada September 2009 akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan angin ahmar. Al-Fatihah
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.