Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » , » Muhammad Taib Membantu Kempen PRK Bukit Gelugor

Muhammad Taib Membantu Kempen PRK Bukit Gelugor

Written By Assistant Editor on Thursday 22 May 2014 | May 22, 2014

Pentas kempen Pakatan Rakyat makin menarik apabila ceramah pada malam Khamis itu dihangatkan lagi dengan kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang membuat penampilan istimewa ketika kempen berbaki dua hari lagi.

Selepas berpuluh tahun bersama perjuangan BN dan Umno, Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno ketika berucap mendakwa tidak mahu sebarang jawatan, sebaliknya menyertai pembangkang untuk mengetengahkan sisi negatif kem lamanya itu.

Beliau juga mendakwa, berdasarkan trend politik masa kini dengan kehadiran pembangkang di Johor misalnya, Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam tempoh empat tahun menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Kita dapat lihat di Johor, dahulunya ketika zaman saya, tiada pembangkang tetapi sekarang Pakatan Rakyat menang 18 kerusi.

"Di Selangor, semasa saya jadi MB, hanya ada dua kerusi DAP, tapi sekarang 44 kerusi. Saya dah tengok akan berlaku perubahan dalam tempoh empat tahun lagi," katanya pada ceramah di Island Glades, Jalan Delima di sini, malam Khamis.

Muhammad juga mendakwa  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Jeff Ooi (Jelutong) dan Rafizi Ramli (Pandan) layak menjadi menteri pada bila-bila masa sahaja.

"Saya pernah bersama Umno. Jadi saya tahu orang di sini (Pakatan Rakyat) lebih baik daripada orang di sana (Umno-BN)," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mempersendakan kemelut politik di Terengganu yang menggemparkan negara beberapa minggu lalu.

"Di Terengganu, kerajaan baru hampir dibentuk dan bakal mendapat MB baru tetapi ada juga pemimpin yang 'go head go stan' (menarik balik keputusan)," katanya.

Dalam ceramah itu juga, beliau memuji tindakan penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana menurunkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon di Teluk Intan.

Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat sudah kehabisan modal untuk berkempen apabila menjadikan isu sepasang panda yang baru tiba di Malaysia sempena hubungan diplomatik kedua negara selama 40 tahun itu dalam ceramah mereka.

"Kerajaan habiskan banyak duit hanya untuk sepasang panda ini. Sekarang sudah tak boleh berhutang, kena buat GST sebab mahu bagi panda makan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.