Headlines News :
Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Home » » Tabung Haji umum bonus 6.25 peratus

Tabung Haji umum bonus 6.25 peratus

Written By Assistant Editor on Thursday 22 January 2015 | January 22, 2015


KUALA LUMPUR 22 Jan. – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini mengumumkan pemberian Bonus Tahun Kewangan 2014 pada kadar 6.25 peratus kepada 8.6 juta pendepositnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji turut memberi tambahan Bonus Haji sebanyak dua peratus kepada pendepositnya yang belum menunaikan haji dan mempunyai simpanan akaun kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980 meliputi 7.4 juta akaun, menjadikan kadar bonus mencapai 8.25 peratus.

“Jumlah bayaran kedua-dua bonus pendeposit itu mencecah RM3.2 bilion dan yang tertinggi sejak tahun 1963.

“Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan bonus masing-masing bermula 26 Januari melalui kaunter Tabung Haji dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) rakan strategik,’’ katanya ketika majlis Pengumuman Bonus Pendeposit Tabung Haji 2014 di Dewan Besar, Ibu Pejabat Tabung Haji di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Ismee Ismail.

Jelasnya, jumlah pembayaran bonus pendeposit menyaksikan peningkatan 23 peratus berbanding RM2.6 bilion pada tahun lalu.

“Di samping itu, keuntungan bersih selepas zakat Tabung Haji mencecah RM3.3 bilion berbanding RM2.6 bilion bagi 2013, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 24 peratus.

“Prestasi itu menunjukkan peningkatan lebih lima kali ganda keuntungan sejak 2006 dan menghasilkan nilai tambah sebanyak RM15 bilion kepada dana pendeposit,’’ katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez ketika mengulas berhubung kuota haji menjelaskan, kuota haji 2015 bagi jemaah negara ini masih kekal iaitu 22,320 orang.

“Namun dalam tempoh tiga bulan ini, saya dan Ismee akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Arab Saudi bagi memohon kuota tambahan.


....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Komen Terkini

Berita-berita daripada akhbar utama

Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.

Komen berbentuk iklan akan dianggap spam

Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Facebook

Chit Chat

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2018. Denyut Nadi Reformasi - Diubasuai script daripada template Johny Gantang
© 2018 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda boleh copy mana-mana bahan tanpa perlu memberitahu kami.